Ahad, April 13, 2008

Masjid ini masih tegak berdiri

If you love him let him go....
Tulah kan betul gak pepatah inggeris ini. Tapi cumanya saya ni tak taulah nak tafsirkan love ke apa ker...kadang ada jugak rasa cinta /sayang sangat terutama masa malam2 bila tengok dia tidur sebelah kita tu. Kadang rasa ada takper takder pun agi senang. Ada tak menambah takde tak mengurang....kes macam ni kalau badan kita dahlah rasa penat balik kerja, tup balik rumah kena carik lauk, masak bagai semua, layan si hani yg sah2 macam2 kerenah...dengan si bapak yang OKU nak kena layan ambik tu ambik ni...


Tapi tulahkan Allah maha kaya. Dalam kita rasa kita tak suka, geram, menyampah dan macam2 agi rasa negatif tu...Allah tak buang terus rasa sayang dan cinta kita pada suami. Sebab apa? Sebab kita ada anak yang dikongsi bersama. Kita pernah sama2 korban perasaan walaupun terhadap benda yg berbeza dan cara korban yang tak sama. Dia korban cara dia, yang kita pulak korban benda lain. Tak taulah nak bayangkan kalau kita benci, pada masa sama perasaan sayang tu terhapus terus kan?


Besarnya nikmat Allah sebab pada masa sama geram, menyampah, dendam dan segala mak nenek tu ada dalam hati, tapi di satu sudut lain Allah bagi ada pulak pertimbangan lain, masih ada sayang dan simpati pendek kata masih ada pertimbangan rasional lagi.


Macam tulah saya sekarang. Memang rasa nak give up dan fed up dengan semua ni. Rasa nak pergi jauh dan mulakan hidup dan carik kebahagian sendiri. Tapi itu bukan penyelesaiannya yang saya rasa terbaik buat saya. Mungkin pada pandangan mata kasar, ia kelihatan cara terbaik tapi bagi saya yang akan menempuhnya...memang saya rasa teramat berat.


Maka sebab itulah saya bertahan dan terus bertahan. Sebab saya mahu percaya pada ketentuan allah dan tak mahu mendahului perancangan Allah. Memang boleh saja saya mohon pada mahkamah kaedah penceraian secara fasakh ataupun buat permohonan secara biasa. Tapi berat kaki nak ke jabatan agama.... banyak lagi hal perlu dibereskan. Jauh di sudut hati...terfikir juga, manalah tau dalam tempoh sebelum tu, akan ada perubahan di pihak sana.


Pertimbangan yang paling utama adalah Hani...banayak perbincangan saya dan dia yang saya amati benarnya dia mahukan ayah...tapi dia kesiankan ammie...walaupun ayah jarang sangat dengan dia... tapi dia cukup hargai setiap masa dengan ayah kalau ayah ada di sini...cuma akhir2 ini masa dia duduk di rumah kak aza..dia kurang bersama ayah sebab dia leka bermain dengana dik-beradik dia...kalau di rumah saya ni saya perhatikan kalau ayah di PC dia menongkat dagu di peha ayah bertanya itu ini pada ayah.


Kalau ayah duduk di kerusi urut pulak, dialah yang tolong adjustkan tempat menyandar dan tempat kaki tu. Pendek kata apa2 keperluan ayah ada jer dia sebelah ayah kalau ayah mintak tolong..ambikkan ubat ayah, carikan tongkat ayah..ambikkan kopiah ayah, ambi kunci kereta ayah. Yerlah kan, nasib dia dapat ayah dah tua dan OKU pulak tu....mungkin anak2 lain ikut ayah gi jalan, ayah bawak round naik motor ker..tapi Hani hubungan dia dengan ayah berbeza..macam tulah cara dia khidmat dengan ayah...Hani naik darjah satu nanti ayah dan 54 tahun...yang lebih 'malang' lagi bakal baby Kak Aza nanti...nak dukung pun ayah tak mampu sebab ayah guna sebelah tangan jer...siankan? baby tu masuk darjah satu ayah dah dekat 60 tahun...


Okaylah....tu baru mukadimah jer...heheheeeeeeee
Ni nak cerita ni...semalam dalam jam 1 ptg, ayah mesej kata petang dia nak datang tengok Hani. So, saya tanya Hani kata takmo jumpa ayah, sebab dia takmo gi PD (dia ingat ayah nak bawak dia balik PD). So saya call kan dan hani cakap dengan ayah...saya takmo campur hal dua beranak ni..sebab saya anggap orang dah tak mau saya pandai2lah bawak diri. Saya tak dengar un perbualan diorang. Habis dia cakap saya tanya Hani, jadik ker ayah datang tengok kakak? dia jawab, "tak...sebab kakak takmo jumpa ayah, ayah kata ok, tekperlah...". So saya andaikan ayah tak datang sebab kakak takmo jumpa ayah...abislah cerita kan?


Dalam jam 4 petang camtu, saya dengan bunyi pagar ditolak...pastu dengan bunyi pintu kereta ditutup. Pastu bunyi alarm kereta ayah. Larr sudah!!! ayah dah balik pulak...tak taulah kenapa....rasa tak bersedia sungguh...rasa tak mau pandang muka dia...saya tak set my mind langsung utk berhadapan dengan dia. memang rasa macam nak buat tak tau jer...so saya biarkan ajer...saya tau pada dia ada satu set kunci rumah...biarlah dia masuk sendiri. Eh..tunggu-tunggu tak jugak buka2 pintu depan tu. Dalam hati kata, tak per biarlah mungkin kunci dlm kereta ayah malas nak patah balik ambik kot...so saya biar lagi. Saya masuk bilik air dan saya keluar balik ke belakang sidai baju.


Konon sementara saya buat kerja tu biarlah dia sempat ambik kunci dan masuk sendiri jumpa anak dia. Sebab dia kata nak jumpa anak jer,kan? Bukan jumpa saya,kan? Hani masa ni tengah tido....kat bilik tengah. So masa sidai baju tu saya ingat ayah dna berjaya masuk ke dalam rumah dah. Tup-tup saya dengar dia ketuk pintu dengan kuat sekali. Terpaksalah jugak saya ke depan bukakkan pintu tu. Buka jer grill saya terus ke belakang semula. Tak pandang pun muka dia..apatah lagi nak bersalam kan?


Teruk jugak saya ni...ego saya pun tinggi jugak..taknak lah tunjuk yang kita ni 'lahap' sangat. Lagipun rumah saya,kan...biar masa ni ayah tau...saya ni takdelah teruk sangat...suami takde sebulan..sebulanlah saya dengan hani weekend duk jer kat rumah tak kemana-mana..nak balik kampung pun tak berani sebab takde izin suami kan. Selangkah keluar pun berdosa jugak...hal dia tak balik tu biarlah antara dia dengan allah. kalau saya keluar hanya untuk carik keperluan jer.


Bila ayah masuk tu, saya terus ke bilik hani tido kejutkan dia sebab kan ayah nak jumpa dia...yang Hani pulak takmo bangun2...akhirnya ayah menyampuk, "biarlah dia tido, jangan kejutkan". Saya bukan apa, serba salah...tak tau nak mulakan nak cakap apa dengan ayah. So saya diam jerlah, terus buat kerja saya...ayah plak amsuk toilet bilik depan, saya teruskan dengan mop dapur. Dalam kepala fikir...orang tua ni balik kejap ker dan ok ni?


Dalam pada tu, saya kejutkan Hani jugak, sebab nak gunakan hani sebagai orang tengah...senang sikit kan...Hani bangun tapi mood dia teruk betul. Terus nak buka CD...so saya bukakkanlah. Ayah keluar bilik air terus datang jumpa Hani...tanya Hani macam2..saya teruskan buat kerja saya. PAstu ayah siap2 nak ke surau solat asar. Saya terus diam buat tak tau...masa ayah balik dari surau saya pulak kat dalam bilik air. Bila saya keluar bilik air, Hani cakap dia nak ikut ayah...saya tukarkan baju dia pastu dia pun tak taulah gi mana dengan ayah.


Dalam setengah jam dia balik bawak minum petang. Saya buatkan air pastu Hani duduklah minum dengan ayah...sambil2 tu hani sibukim abwak keluar buku2 sekolah, tunjuk kepandaian dia membaca depan ayah dan tunjuk segala buku ptrestasi dia hari2. Ayah pun leka dengan dia baca dan cerita. Sambil2 tu Hani ke dapur jugak melapor kat saya..saya tanya dia.."bahagia tak?" dia jawab..."bahagia". saya tanya lagi ..."kenapa?" dia jawab..."sebab ayah dah balik rumah kita".


Dalam pada tu saya curik2 dengar jugak apa dia berbual dengan ayah..macam2lah..siap ajak ayah ambik gambar bertiga lagi...macam yg dia ckp dengan saya hari tu. Happy dia ayah ada...siap dia cerita dengan saya masa dia keluar beli minum petang tu dia nampak signboard sekolah dia..dia ajak ayah pergi ..."jom ayah kita pergi tengok sekolah kakak kejap"..punyalah excited nak cerita macam2 kat ayah...


Saya pun masa ni tak tau lagi ayah tido ke balik PD. Sebab macam biasalah malam sabtu dia aka ke markaz. Mana lah tau lepas markaz dia balik ke PD. So saya keluarkanlah borang dan buku Hani yang perlu ditandantangan. Dia baca dan kemudian tandatangan. Pastu saya suh Hani tanya malam ni balik tak? Hani citer ayah tak jawab tapi senyum jer. Sooo maksudnya baliklah kan?


Jam 6 ayah ke markaz, saya dan Hani cam biasa lepak depan tv tengok CD belajar doa. Malamnya fikir..nak amsak apa, dalam peti ais takde lauik apapun. makanan segera jenis goreng banyaklah. So dalam jam 10 tu keluar beli lauk..ikan siakap tiga rasa, tomyam campur. Nasi dah masak dah.


Sampai rumah tengok hj dah balik, tengah mengadap PC. So saya siap2kan suh Hani tanya ayah nak makan ker..rupa2nya dah makan dah. Tapi lama gak lepas tu, bila kami dua nak mula makan, ayah keluar..nak ikram kami..dia pun makan sikir ..sedulang dengan kami dan dia suapkan Hani makan. Bila nampak Hani bahagia, saya pun tumpanglah bahagia. Benda2 (suasana) macam ni tak dapat dibeli dan digantikan...tak taulah kalau kami berpisah..akan dapatkan saya makan sedulang sekeluarga...tentu lain suasananya...


So as usual, malam tidokan Hani dulu kat master bedroom..siap semua layan2 Hani dan bila dia betul2 dah tido kurang lebih jam 1 buat muka tak malu jer...menempel kat bilik ayah...ayah pun muka tak malu jugak...meneruskanlah apa yang patut...so gitulah...perjalanan hidup rumahtangga kan? Lepas ni akan berpusing lagi roda rumahtangga saya ..benda2 ni akan berulang lagi dan lagi dan akan berakhir entah macamana pulak....bagus jugak berbaik2..takdelah rugi saya beli set kehamilah BIODEX dekat 400..so bolehlah continue makan semula...dengan harapan dapatlah anak lagi...


Buat malu jer kan...macam tulah saya ni...sungguh Allah sayangkan saya dan rumahtangga saya lagi....korban tetap terus korban...lain2 biarlah Allah yang tentukan...macam saya cakap...pi mai pi mai tang tu...blog ni luahan hati dan perasaan sebenar saya...macam bodoh jer kan tapi manusia...camtulah...pada 'sapa' yang nak kaji dan nak belajar dari pengalaman saya tu..kajilah dan belajarlah...

10 cetusan rasa:

Maryam berkata...

tersenyum saya baca celoteh kak wa kali ni. dalam tak suka, tertekan, masih ada benda yang tak dapat dijual beli... makan sedulang, best tu!

tapi terselit rasa sedih... pak haji mungkin akan terkenang akan anak daranya yang rajin ni dan juga kak wa. baik mana pun kak aza, tentu ada sentimental value kak wa pada dia. lelaki, mana nak mengaku kan...

teringat perit menghafal juzu' 5 dan 6. ada ayat tentang perselisihan antara suami isteri. dan ayat tu tekankah orang sekeliling bantu damaikan, bukan semarakkan lagi pergaduhan tu.

all the best!

masakanganu berkata...

sayapun tersenyum baca blog akak.Akhirnya Pak Hj mengalah juga ye ker.Ada lagi nak komen ni, nanti saya semes jelah.. tak 'manis' komen kat sini.

izawani berkata...

Hehehe... dah agak dah....

salizam Hussin berkata...

Salam, Nasib aku lah labu, asyik kena perli je..hehehe. "Jadikanlah sabar dan SHOLAT sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang KHUSYUK (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka menemui Tuhannya, dan bahwa mereka kembali kepada NYA (Al Baqarah:45-46)

Cool berkata...

wohhhooo@!~

Zareda Norman berkata...

gitulah hidup berumah tangga kan. Kita ni perempuan macam kerak nasi, direndam, lembut jugak..

Buatlah yang sepatutnya..syurga tu di bawah tapak kaki suami. Selagi sanggup bertahan, tepuk dada tanya hati...

Hanis berkata...

hanisumayyah, terima kasih invite me in...


ada banyak similarity dan ayat2 yang sangat familiar yang di guna oleh your hubby and my hubby...


i am not sure if it confirms something... but again, maybe they are 2 separate cases...



macamana nak email you in private yer?


makcik from that "negative blog"

kakLuna berkata...

kalau kak bahagia...saya pun tumpang bahagia...

sudah MO hidup akak begitu..kene teruskan juga lah ye.. :)

Aku Bukan Bidadari berkata...

hani tu cute + bijak pulak tuh..
insyallah kak..
semoga semuanya dipermudahkan ya..

p/s: biler akak nk free nih lama kita tak nyembang.. hihihi

Hanisumayyah berkata...

Maryam...

Itulah yg mahalnya tu... lain suasananya makan sedulang ni. Kak wa pun tak tau apam istimewanya kak wa..tapi rasanya sebab hani hj balik kot? nampak sgt dia rindu kan Hani...diheretnya hani kehulu kehilir sejak dia balik sini hari tu...

Tie...

Hj balik pun sebab rindukan anak dia ..tu yang akak rasa..tapi takperlah..asalkan balik...

Kak wani...

tulah masa nak wat entry ni kenalah mula cakap dengan berlapikkan..takdelah nampak sangat gelojoh nak citer.."laki aku dah balik2..."

En wan..

Bukan perli, jujur tu, macam2 boleh belajar dari pengalaman saya ni...bukan senang orang nak citer hal2 camni kan...kira2 boleh jual tak citer ni???heheheee

Jiji...

Suka ker apa Tu? ker terkejut...

Zareda...

Insyaallah saya masih sabar dan sabar...rasanya takmo lagi goyangkan arasy allah

Me.moi...

sorry lambat reply..saya punya email hanisumayyah@yahoo.com... anytime boleh email...suami saya pun tabligh..alaaahh sama jer words yang diorang biasa gunakan...

Luna..

Luna puj dah leh agak MO akak dan hj kan?...ulangan jer ni..

Tiara...

Hani tu kurniaan Allah seolah2 bagi menenang dan menyedapkan hati akak kot? tapi bila tengok dia tu mesti teringat ayah dia pasal muka dia ikut ayah...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP